24 Januari 2017 - 19:00
Eropah Perlukan Pakatan Ketenteraan Baharu; Calon Presiden Perancis

Calon Presiden Perancis, Francois Fillon, memanggil ke arah pembentukan sebuah pakatan ketenteraan baharu di Eropah setelah Presiden Donald Trump menyifatkan bahawa NATO sudah usang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon Presiden Perancis, Francois Fillon, memanggil ke arah pembentukan sebuah pakatan ketenteraan baharu di Eropah setelah Presiden Donald Trump menyifatkan bahawa NATO sudah usang.

Fillon yang merupakan bekas Perdana Menteri Perancis berkata bahawa pakatan baharu itu perlu bertujuan untuk mempertahankan benua tersebut di samping memerangi kumpulan Takfiri.

Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah temu ramah dengan pihak media sebelum berjumpa dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.